Pages

Wednesday, January 26, 2011

Pelapis Pemimpin Muda (KEMUDA 11')

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali untuk kesekian kali, sudah lama rasanya blog ini tidak di 'update'. Khilaf diri ini yang tidak melaksanakan kerja dengan baik. Papepun, positifkan diri anda untuk meneruskan perjuangan yang tidak habis lagi.

Kali ini, post yang akan di 'post'kan berkaitan dengan program JAKSA yang baru berlangsung pada 22/1/11 dan 23/1/11. Kem Kepimpinan Muda 2011 atau istilah senangnya KEMUDA 11'. Wah, dengar nama macam hebat tapi memang hebat pun.

Kem ini di lakukan bertujuan untuk mengasah bakat dan idea yang kreatif lagi inovatif di samping memperlihatkan sifat kepimpinan itu sendiri pada diri adik-adik yang bakal naik jadi JAKSA.

Antara agenda-agenda menarik dalam kem ini....

Ice-Breaking(Sesi Taaruf)















continue.....

Wednesday, January 19, 2011

Niat dan Ilmu

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t

Salam buat adi-adik Tamhidi... Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi.. pihak kami memohon maaf kerana sudah lama blog ini tidak dihias dengan pengisian buat adik-adik yang kerap kunjung blog ini..

Kali ini akak ingin kongsikan kepada adik-adik tentang niat dan ilmu..

BETULKAN NIAT DALAM MENUNTUT ILMU
[Kitab Bidayatul Hidayah-Imam al-Ghazali]

Pada pendahuluan kitab ini, Imam al-Ghazali memperkatakan tentang kepentingan memperbetulkan niat ketika menuntut ilmu. Niat yang boleh mersokkan mestilah dihindarkan. Imam Ghazali menyebutkan beberapa contoh niat yang rosak :
  1. Lil Munafasah - untuk bersaing dengan orang.
  2. Lil Mubahah - untuk berbangga-bangga.
  3. Lil Taqaddum a'la al-arqan - untuk lebih daripada orang lain.
  4. Lil Istiqamah wujud al-Nas - untuk tarik perhatian orang.
  5. Lil Jam'i huttom al-dunya - untuk cari kekayaan dunia.
"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, Maka ALLAH akan memudahkan baginya jalan ke syurga."[Riwayat Muslim]

Imam Ghazali membahagikan golongan penuntut ilmu kepada tiga bahagian :
  1. Golongan al-Faizin : Golongan yang belajar agama kerana mencari bekal akhirat dan redha Allah.
  2. Golongan al-Mukhtatirin : Golongan yang belajar kerana mencari habuan duniawi demi kemuliaan, pangkat dan harta. Namun dia mengetahui kecacatan niatnya yang tersebut. Golongan ini kalau bertaubat boleh masuk dalam golongan yang pertama.
  3. Golongan al-Halikin : Golongan yang dikuasai syaitan. Ini kerana menuntut ilmu untuk mencari harta, pangkat dan pengaruh. Pada masa yang sama dia merasakan dirinya betul dan mempunyai kedudukan yang baik disisi Allah.


Sunday, October 10, 2010

Pergi Zoo???



Assalamualaikum w.b.t

Bagaimana Iman anda hari ini? Alhamdulillah kita patut bersyukur kerana Allah memberi kesempatan kepada kita untuk menghirup udaranya dan memberi peluang kepada kita untuk memijak di buminya.

Disini kami Jaksa ingin meminta maaf kepada adik-adik tamhidi terhadap masalah yang berlaku semalam, sepatutnya kita pergi ke zoo untuk program khidmat masyarakat tetapi kita telah ke sungai congkak sebagai gantiannya. Kami harap adik-adik berpuas hati dan gembira perkelahan semalam. Kami hanya merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.

"ويمكرون ويمكرالله , والله خير المكرين"
Bermaksud : mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. (al-anfaal:30)







ZoOM In Sungai Congkak 2010

Wednesday, September 1, 2010

Sukan Antara Kolej Kediaman Usim 2010



Tarikh : 16 & 17 oktober 2010
Tempat : Komplek Sukan Usim (Pavillion)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
Baizura (0132579987)

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan


Kami warga pengurusan kkcc dan JAKSA kkcc mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan dengan penuh barakah kepada adik-adik Tamhidi 10/11 khususnya dan warga usim amnya.


Sunday, August 8, 2010

Gotong -royong Mahabbah

Alhamdulillah.... Sebelum menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang terdekat ini, Kami JAKSA KKCC telah membuat gotong-royong bersama pelajar-pelajar Tamhidi untuk membersihkan kawasan sekitar asrama.






Tujuan gotong-royong ini dilakukan adalah untuk memupuk sikap kerjasama antara JAKSA dan para pelajar. Disamping itu juga, untuk mengeratkan ukhwah antara sesama pelajar Tamhidi.






Kesimpulannya, kami JAKSA KKCC mengharapkan semoga program yang dijalankan memberi manfaat kepada adik-adik Tamhidi khususnya dan pelajar USIM umumnya.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga di redhai Allah pada hari-hari yang berikut.

"ERTI HIDUP PADA MEMBERI"

MENJANA KESATUAN UMMAH

WALLAHUA'LAM

Thursday, July 29, 2010

DONT JUDGE A BOOK BY iTS COVER'..


DONT JUDGE A BOOK BY iTS COVER' Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

or


"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game'dan 'curi tulang' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, telah lama melewati tempoh yang diwajibkan, malah telah menyebabkan syarikat kerugian kontrak jutaan ringgit nilainya.


Majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerjaya kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' dan 'curi tulang' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya tetap seorang pekerja cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ? Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya? Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata.

Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'. Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : "Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka"
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

Ertinya : "Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?


zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net